
Sulit
5 tahun
Ingin kepastian tentang masalah ini
saya wanita berumur 22 tahun dan telah berkhawin baru baru ni saya telah bersama suami dan suami telah pancut dalam saya tidak mengambil sebarang ubat perancang …tetapi selepas suami saya pancut saya terus ke bilik air dan cuci kemaluan saya sehingga bersih adakah saya akan mengandung saya sangat takut kerana anak pertama saya berumur 7bulan saya bersalin ceaser…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor…
Untuk pengetahuan puan, harus diingatkan bahawa setiap hubungan seksual tanpa perlindungan (seperti kondom) dan tanpa perancangan kehamilan mempunyai risiko untuk hamil yang tinggi.
Oleh sebab itu, status kehamilan anda tidak boleh untuk dipastikan dan anda digalakkan untuk melakukan ujian kandungam melalui air kencing bagi kepastian lanjut.