
Sulit
4 tahun
Ingin mengatasi masalah sembelit
Saya berumur 19 lelaki dan saya ingin bertanya bagaimana untuk mengatasi masalah sembelit?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, untuk mengatasi masalah sembelit ini, anda boleh lakukan beberapa langkah seperti:
- Banyakkan serat dalam pemakanan
- Banyak minum air
- Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
- Minum susu berlaktosa
- Mengambil makanan kaya dengan probiotik seperti tempeh
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.