
Sulit
3 tahun
Ingin mengetahui lebih lanjut
Sy nk tau…kwan sy ada covid dan kuarantin d rumah…adakah slepas 14 hr kuarantin…dia sdah sembuh…tetapi masih ada lg simptom seperti sakit kepala dan tiada deria bau…perlikah dia membuat rawatan semula…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda ingin bertanyakan sekiranya rakan anda boleh dikatakan sembuh dari jangkitan COVID19 setelah melalui kurantin 14 hari, namun saat ini beliau masih mengalami gejala seperti sakit kepala dan tiada deria bau.
Untuk pengetahuan anda, lazimnya seseorang itu akan dikategorikan sebagai sembuh dan bebas dari menjangkiti COVID-19 sekiranya mereka telah menjalani rawatan penuh dan mendapatkan swab test kedua (atau selanjutnya) dengan hasil yang negatif.
Selain itu, gejala sakit kepala dan tiada deria bau boleh disebabkan oleh
- jangkitan virus selain dari COVID19
- inflamasi pada kawasan sinus
- gangguan migrain
Atau perkara yang lebih serius dan memerlukan rawatan selanjutnya seperti
- jangkitan COVID19 yang belum sembuh sepenuhnya
- jangkitan semula COVID19 buat kali kedua
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini