ekyakid
6 tahun
Ingin tahu cara virus covid 19 merebak dengan cara bagai mana
Saya nk tanya,.jika di kawasan tempat tinggal sy tiada yg positif covid 19…adkah kamiberisiko dijangkiti.adkah virus ini merebak melalui. Udara.ia merebak dengan cara yg bagaimana
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Sekiranya anda tiada kontak rapat atau sejarah melancong ke negara yang berisiko tingi untuk COVID-19 seperti China, Jepun , Korea, Italy dan Iran, anda kurang risiko untuk mendapat COVID-19. Virus ini boleh tersebar dari manusia ke manusia melalui cara berikut:
- Bersin ataupun batuk.
- Rembesan cecair daripada badan seperti hingus.
- Sentuhan seperti bersalaman.
- Sentuhan terhadap barangan seperti tombol pintu yang telah dicemari virus.
Oleh itu, virus in tidak merebak melalui udara.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































