
Sulit
4 tahun
Ingin tahu tentang varikosele
Saya lelaki 27. Saya ingin tahu tentang varikosele

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Varikosele adalah pembengkakkan salur darah vena pada kulit pembungkus skrotum. Varikosele merupakan masalah yang dialami oleh 15 peratus lelaki. 40 peratus dari mereka yang dijangkiti penyakit ini pula juga dikaitkan dengan ketidaksuburan.
Hal ini kerana varikosele merupakan salah satu penyebab kurangnya jumlah pengeluaran sperma dan kualiti sperma berkurangan. Varikosele juga boleh menyebabkan perkembangan testis tidak normal atau mengecut (atrofi).
Rawatan varikosele memerlukan diagnosis yang tepat oleh pakar perubatan. Rawatan varikosele lazimnya merupakan pembedahan sekiranya didapati perlu.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.