
Sulit
5 tahun
Inginkan kehamilan cahaya mata
Assalam / salam sejahtera doktor…
Saya ada masalah tentang kepekatan air mani… Suplemen apakah yg perlu di ambil selain menukar gaya hidup yg sihat…
Sebelum ni isteri saya pernah hamil 5 bulan, tetapi gugur…
Sekarang bila perhatikan kepekatan air mani saya tidak pekat… Terima kasih doktor… Klinik doktor di mana ye

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keguguran adalah perkara yang banyak dialami oleh wanita yang mengandung dan kebanyakkan kes puncanya tidak diketahui. Namun begitu, sekiranya keguguran kerap berlaku, puncanya perlu disiasat. Masalah keguguran dan tidak subur adalah dua kondisi yang berlainan dimana ketidak suburan menyebabkan kehamilan sukar terjadi. Air mani anda mungkin tidak mempunyai apa-apa masalah, namun jika anda mahukan juga tahu jika ianya bauk ataupun tidak, anda boleh ke klinik untuk membuat ujian kesuburan bersama isteri anda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.