
Anonymous
5 tahun
Ingus berdarah pada sy
Saya wanita 22 thn…sy demam Dan selsema selama seminggu…saat selsema nak henti atau da kurang…bila nk buang ingus…kluar ingus campur darah…apa SBB nya yea doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Hingus berdarah yang anda alami, jika kuantiti nya tidak banyak, ia mungkin normal kerana anda demam. Namun, terdapat beberapa penyebab hingus berdarah. Antaranya:
- Kecederaan di hidung
- Udara yang terlampau sejuk atau kering
- Menghembus hidung dengan kuat
- Terlalu kerap bersin
- Ketumbuhan dalam rongga hidung
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.