
Sulit
4 tahun
Inhaler foracort 200 untuk pesakit asthma
Inhaler foracort 200 ada kesan sampingan tak? Bapa saya hanya sesuai dengan inhaler tersebut… Susah nak dapatkan di farmasi sekitar pulau Pinang…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kesan sampingan penggunaan alat penyedut Foracort 200 iaitu:
- Batuk-batuk
- Jangkitan kulat atau kuman dalam mulut
- Sakit kepala
- Suara garau
- Jantung berdegup laju
- Sakit sendi atau otot
- Loya dan muntah
- Jangkitan kuman paru-paru
- Sakit tekak
Pastikan anda mendapatkan preskripsi yang sah daripada doktor anda mengenai penggunaan ubat ini. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum mendapatkan alat penyedut ini.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.