normawarni
6 tahun
Injap jantung terbuka
Saya berusia 38 thn, ada darah tgi, skrg mengalami sakit jantung(injap sblh kiri bhgn masuk darah xtutup rapat) saya skrg cpt penat kadang2 rasa degupan jantung tu laju, walaupun saya xde buat apa2 kerja, adakah masalah injap jantung terbuka ni bahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, injap jantup berfungsi mengawal isi padu darah yang keluar masuk dan mengelakkan dari berlakunya ‘back flow’ (memastikan darah mengalir satu arah sahaja). Bagi membuat kesimpulan bagi keadaan anda, konsultasi, pemeriksaan fizikal, dan ujian perlu dilakukan terlebih dahulu.
Sekadar pengetahuan am, terdapat pelbagai masalah injap jantung. Setiap permasalahan pula mempunya tahap keseriusan yang berbeza. Disebabkan itu, rawatan turut berbeza.
Nasihat kami, memandangkan anda mempunyai gejala jantung berdegup laju dan cepat letih walaupun tidak melakukan apa-apa aktiviti, segeralah bertemu doktor agar tindakan selanjutnya boleh diambil atau klik pada pautan di bawah untuk berbincang secara privasi dengan kami. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!





























