
Sulit
4 tahun
Inject perancang ada kah normal depo habis pening2 n mual
salam, dokter sy nolk tnye. sy cucuk depo pada 23/11/2020, dan tamat pda 23/2/2021. pada 25/2/2021 ada keluar darah tapi sikit… lepas tu tak ada lagi… normal kah tu… and klau mual2 n pening adakah normal selepas habis depo? sebb sy mmg ada ambik folic acid untk subur balik. saya amalkn dari awal masa cucuk depo

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Umumnya suntikan hormon adalah
- Berkesan untuk mencegah kehamilan selepas 7 hari menerima suntikan.
- Suntikan diberi setiap 12 minggu (3 bulan) mengikut jenis dan jadual yang telah ditetapkan.
- Lazimnya kesuburan akan kembali 3 hingga 6 bulan dari suntikan terakhir.
Namunpun begitu, oleh kerana setiap jenis suntikan perancang mempunyai indikasi dan cara pengambilan yang berbeza, saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor anda kembali atau pakar kesihatan wanita bagi menentukan apakah kesan sampingan tersebut normal atau sebaliknya. Sekiranya tidak, perbincangan yang selanjutnya perlu dilaksanakan untuk menentukan kaedah rawatan perancangan keluarga yang terbaik buat diri anda di masa akan datang.
Antara kesan sampingan suntikan hormon termasuk
- Kitaran haid yang tidak menentu (pendarahan berlebihan atau ketiadaan haid)
- Perubahan berat badan
- Sakit kepala
- Perut kembung dan rasa tidak selesa
- Senggugut
- Rambut gugur
Perlu ditekankan juga bahawa (kebiasaannya), kesan sampingan ini adalah sementara sahaja dan berlaku di awal pengambilan suntikan.
Justeru, buat sementara waktu kondom lelaki didapatkan 95% efektif dalam mencegah kehamilan dan merupakan pilihan perancangan keluarga yang terbaik sementara menunggu kaedah perancang yang lebih sesuai atau yang disarankan oleh doktor anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.