farisha.azwani98
2 tahun
Injection sebelum vaccine 2nd dose
Hi Doc, saya telah menerima suntikan kerana digigit oleh kucing pada 20/8. tetapi suntikan kedua saya utk Astrazeneca adalah pada 2/9. jadi saya perlu cancel appointment saya dan perlu dapatkan tarikh baru ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, suntikan anda terima tersebut tidak akan mempengaruhi fungsi vaksin covid dan kesannya adalah sama. Anda boleh terima vaksin anda mengikuti tarikh yang diberikan tersebut, 2/9.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini