
Anonymous
5 tahun
International normalize rate 2.5-3.5(INR)
saya berusia 53 tahun, telah buat gantian injap sejak 1998, masalah saya kenapa target saya kerap tersasar.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, selain ubatan, anda juga perlu menjaga pemakanan dan pemakaian ubatan sapu. Hal ini kerana terdapat banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi kecairan darah. Contohnya:
Makanan tinggi vitamin K (membekukan darah)
Brokoli
Romaine Lettuce
Daun Salad
Rumpai Laut
Kobis Merah
Daun Keledek
(Yau Mak) “Brussel Sprouts” Bayam
Daun bawang
Rumpai laut
Kobis merah
Kailan
Kucai
Daun keledek
Peria
Produk kacang soya
Sawi
Hati
Paku pakisMakanan rendah vitamin K (mencairkan darah)
Lobak merah
Timun
Bawang
Ubi
Tomato
Lobak putih
Bunga kobis
Kacang buncis
Lada benggala
Jagung
Terung
Cendawan
Taugeh
Labu
Saderi
Kacang Pea
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.