alyaatasnim07
6 tahun
Irregular Menstruation
Saya gadis berusia 20 tahun yang mempunyai masalah haid tidak teratur sejak kali pertama didatangi haid. My first menstruation when I were 13 yrs old. Setahun hanya sekali, atau mungkin tidak langsung haid. 7 tahun berlalu, masalah haid tidak teratur saya masih belum pulih… Pernah juga go for medical check up and consume “Diane 35” every month tapi berat badan naik mendadak during consuming and I choose to stop… Is there any other solution should I go for? It is PCOS? Oh not to forget, I am hirsutism too… My BMI is normal…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk mendapatkan kepastian jika anda mengalami PCOS, Pelvic Ultrasound scan perlu dilaksanakan.
Berkenaan pengambilan Diane 35, pengambilan sebarang pil atau kaedah perancang juga akan menyebabkan kesan sampingan. Namun begitu, setiap pengguna akan mengalami kesan sampingan yang berbeza, seperti yang anda pernah alami. Oleh itu, anda harus merujuk kepada doktor anda untuk menyelaraskan dos pil perancang anda atau menukarkan jenis ubat yang bersesuaian dengan keadaan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana komplikasi paling lazim pesakit PCOS adalah masalah kesuburan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























