Anonymous
6 tahun
Irregular period (period within 2 months)
Saya mengalami period non stop sejak 2 bulan lepas. Selepas saya makan ubat hormon oralcon selama 21 hari dan stop selama 7 hari. Period saya terus stop. Doktor bagi ubat untuk saya makan selama 3 bulan. Adakah saya perlu makan lagi untuk masa 2 bulan?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berlebihan ini boleh disebabkan pelbagai punca. Oleh sebab anda telah menerima rawatan dari doktor anda, anda dinasihatkan untuk meneruskan pengambilan ubat ini dalam tempoh yang disarankan. Hal ini agar sekiranya darah haid berlebihan masih berlaku dalam tempoh rawatan diberi, punca-punca kepada pendarahan berlebihan ini boleh disiasat dengan lebih lanjut. Sekian.

































