
Sulit
5 tahun
Is it normal to have black coloured mens blood on the 3rd days
Hi doc,
Saya wanita berumur 25 tahun bekerja dalam bidang profesional. Sebelum ini saya tidak mengalami masalah haid dan senggugut tidak terlalu teruk. Tetapi sejak tahun 2018, saya pernah mengalami istihadah atau haid lebih 14hari beberapa kali ketika saya stress. Bulan Januari 2020 doktor sahkan saya mempunyai MDD dan doktor prescribed setraline. Kitaran haid seperti biasa, cuma lambat 3-5 hari drp bulan2 sebelum ni. Tapi baru2 ini, darah saya berwarna hitam pekat pada hari ketiga. Adakah saya ia normal bagi wanita/seseorang yang mengambil ubat? Adakah saya perlu risau?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, darah haid berwarna gelap merupakan perkara biasa. Antara sebab darah haid ini gelap adalah kerana ianya darah lama atau aliran yang lambat menyebabkan ia bertindak balas kepada udara dan menyebabkan pertukaran warna.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih.