
mulutsamurai
5 tahun
Isteri kurang ghairah
Boleh kah ambil pil nospan,untuk naikkan ghairah isteri

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah jawapan am kepada soalan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian.
Untuk makluman pihak anda, biasanya nospan merupakan sejenis ubat batuk yang mengandungi Dextrometrophan. Bahan ini sering disalah gunakan pengguna untuk mendapatkan kesan khayal kerana ia boleh menyebabkan halusinansi sekiranya digunakan dalam dos yang tinggi.
Oleh itu, anda sama sekali tidak digalakkan untuk memberi ubat ini kepada isteri anda untuk menaikkan ghairah atau tujuan lain. Ubat ini bukan sahaja menyebabkan halusinasi malah boleh menyebabkan kesam sampingan lain seperti:
- Sesak nafas
- Hilang pertimbangan dan menjejaskan fungsi mental
- Hilang koordinasi
- Boleh menyebabkan pergantungan psikologi
- Sawan
- Meningkatkan tekanan darah dan sebagainya
Oleh itu, sila rujuk kepada doktor atau kaunseling keluarga untuk membantu anda dan isteri. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.