
hafiziraffley84
3 tahun
Isteri mengandung anak ke 4 dan isteri ingin minum pil yang sesuai untuk kandungan tidak menjadi
Isteri belum bersedia dengan kehadiran anak ke 4 Kerana kami Punyai anak2 kecil masih dan suami belum pulih dari penyakit stroke sebelah badan lumpuh.boleh kah Isteri mengambil ubat perancang ketika hamil…atau Ada cadangan lain doktor…jika Isteri hamil juga anak2 yang lain Akan terabai…ketika pkp sekarang amat susah betukang alik ke tempat keluarga untuk minta bantuan menjaga anak2 yang lain masih bersekolah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat pelbagai cara untuk mencegah kehamilan. Antaranya:
- Penggunaan kondom
- Pil makan yang diambil 21 hari/28 hari
- suntikan hormon perancang setiap 3 bulan
- pemasangan implan setiap 3 tahun
- alat pencegah kehamilan di rahim dalam masa 5 tahun.
Akan tetapi jika kandungan ini merupakan kandungan yang tidak diingini, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor. Sekiranya anda ingin menggugurkan kandungan anda, anda harus mendapatkan nasihat doktor. Hal ini kerana undang-undang Malaysia tidak membenarkan wanita menggugurkan kandungan sesuka hati.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.