
Anonymous
5 tahun
Isteri takut berhubungan intim
Salam doc,boleh tlg sy x,sy dh pun brkahwin selama 2 thn,tpi isteri takut utk melakukn sexual intercourse…sy belum pernah lakukan penetration dkt isteri,sbb dia trlalu takut akn berasa sakit…boleh x doc suggest apa yg perlu sy lakukan,sbb sy nak kn zuriat

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terlebih dahulu, Cik perlu duduk dan berbincang secara terbuka dengan isteri tentang ketakutan tersebut. Masalah ini memang normal bagi para wanita mahupun lelaki. Bukan semua wanita yang mengadakan hubungan intim untuk kali pertama akan berasa sakit mahupun berdarah tetapi jika perkara tersebut berlaku, tidak perlu terlalu risau kerana geseran antara alat sulit yang tidak terangsang atau dalam keadaan relaks mungkin akan menyebabkan luka kecil ,melainkan jika pendarahan terlalu banyak
Justeru itu, pasangan wanita perlu berada dalam keadaan relaks secara fizikal, emosi dan mental sebelum mengadakan hubungan intim. Keadaan ini boleh dicapai melalui kaedah ‘foreplay’. Pihak lelaki tidak boleh memaksa pasangan mereka dan perlu memberikan perhatian sepenuhnya kepada kehendak pasangan semasa hubungan intim. Oleh itu, komunikasi antara pasangan sangat penting. Encik perlu memberi masa kepada pasangan untuk berasa selesa dengan aktiviti intim. Anda berdua boleh mencuba secara berperingkat bermula dengan ‘foreplay’.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.