Sulit

5 tahun

Istiadah kerap datang sepanjang umur saya dalam lingkungan 19 tahun

Saya berumur 19tapi kerap kedatangan istiadah… Apakahh itu akan membahayakan kesihatan diri saya pada masa akan datang?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah darah istihadah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Polyp endometrium”. “Polyp” merupakan ketumbuhan pada lapisan paling dalam rahim. Polyp ini tidak berbahaya kepada wanita tetapi mudah berdarah.
  • Fibroid. Fibroid merupakan ketumbuhan dalam lapisan otot rahim yang berlaku dalam 10% hingga 40% para wanita. Ketumbuhan fibroid ini selalunya tidak mendatangkan sebarang gejala tetapi jika terlalu membesar boleh menyebabkan senggugut serta pendarahan yang berlebihan sehingga menyebabkan komplikasi anemia.
  • Kanser. Kanser serviks merupakan kanser ketiga paling tinggi dihidapi wanita di negara ini dan simptom istihadah boleh dijumpai pada kanser serviks dan kanser endometrium. Justeru itu, para wanita dinasihati untuk menjalankan pemeriksaan oleh pakar sakit puan sekurang-kurangnya sekali dalam 3 tahun terutamanya wanita yang berusia lanjut.
  • “Polycystic ovarian syndrome (PCOS).” Wanita yang menghidapi penyakit ini mempunyai masalah hormon yang menjadikan ovum mereka sukar matang. Wanita tersebut jarang mendapat haid ataupun kitaran haid atau kuantiti pendarahan yang tidak menentu. Biasanya wanita tersebut mempunyai masalah kemandulan dan obesiti .
  • “Intrauterine Copper Device (IUCD).” Alat ini merupakan sesuatu alat tembaga kecil yang dimasukkan ke dalam rahim untuk mencegah kehamilan. Kadang-kala, ia boleh menyebabkan istihadah.
  • Endometriosis. Penyakit ini disebabkan oleh pertumbuhan sel dinding rahim di luar lokasi rahim, contohnya usus, otot, faraj dan sebagainya. Penyakit ini menyebabkan senggugut yang teruk dan pendarahan yang tidak menentu.
  • Masalah tiroid . Kandungan hormon tiroid terlalu tinggi (hypertiroid) atau rendah (hypothyroid).
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu. Misalnya pengambilan ubat cair darah ataupun ubat tradisional yang tidak dikawal.
  • Masalah pembekuan darah. Wanita yang mempunyai masalah darah terlalu cair akan mengalami pendarahan yang amat banyak akibat masalah pembekuan darah.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

sweaty-hands-tangan-berpeluh

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)