
Anonymous
6 tahun
Istihadah atau pendarahan selepas hari ke 15 haid
Saya wanita dalam awal 20-an. Saya belum berkahwin dan masih belajar. Perkara seperti ini jarang berlaku pada saya. Saya ingin bertanya mengapa darah saya masih ada sedangkan kitaran haid sudah melebihi 15hari? Saya juga berasa sakit di bahagian pinggang. Boleh doktor jelaskan dengan lebih terperinci?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin mengalami masalah haid berlebihan atau dipanggil menorrhagia. Antara penyebab masalah ini adalah:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca dan rawatan bagi masalah yang anda hadapi ini, sila rujuk perkara ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.