
Sulit
4 tahun
Iucd dan aktiviti lasak
Saya berumur 35 tahun dan telah memasang iucd sebulan yang lalu, pada februari ni sy akan menjalani kursus dalam perkhidmatan yang mana akan melibat kan beberapa aktiviti lasak seperti ala2 ketenteraan, cnth meniarap/ merangkak dibawah kawat besi, kayak, jungle trekking dan seumpamanya, Soalan saya, adakah aktiviti2 tersebut akan memberi kesan kepada saya? Adakah boleh melakukan aktiviti sedemikian jika memakai iucd? Untuk pengetahuan doktor, sy dm patient on metformin, kerana itu sy memilih iucd berbanding kaedah yang membabitkan hormon. Sekian terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, setakat ini, aktiviti lasak adalah selamat bagi wanita yang memakai IUCD (Intrauterine Contraceptive Device). Ia jarang menyebabkan kesan sampingan. Setelah memasang IUCD, anda boleh berenang, bersenam, dan melakukan hubungan seks selepas 24 jam.
Namun, sekiranya anda mengalami kesan sampingan seperti darah haid berlebihan dan menyebabkan kekejangan haid anda lebih teruk, anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini kepada doktor.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih