
Sulit
5 tahun
Iucd dan penyusuan bayi
saya seorg ibu yg mempunyai bayi berusia 3 bulan,sya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai iucd ini…untuk mengetahuan doktor saya telah datang haid seperti biasa sejurus selepas habis pantang…saya juga ingin mengetahui bagaimana untuk menambah susu badan,bayi saya minum susu formula kerana susu badan saya semakin sedikit walaupun saya telah gunakan breast pump

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Penghasilan susu badan bergantung kepada aspek emosi dan pengambilan nutrisi wanita tersebut.
- Semasa penyusuan ataupun mengeluarkan susu badan, anda harus berada dalam keadaan tenang dari segi emosi, mental dan fizikal. Penyusuan harus difokuskan kepada kesejahteraan bayi dan bukan dalam keadaan tergesa- gesa.
- Pengambilan makanan “lactogenic” untuk meningkatkan produksi susu badan adalah:
- Makanan bijirin seperti oatmeal
- Kekacang seperti almonds, kacang merah, kacang hitam, kacang hijau
- Daun salad, ubi keledek
- Bijan, chia seeds
- Banyakkan minum air juga
Lebih kerap anda membagi susu badan kepada anak, penghasilan susu badan juga meningkat. Anda boleh melakukan penyelidikan untuk jenis- jenis makanan yang dapat meningkatkan atau menyebabkan penurunan susu badan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.