
Sulit
5 tahun
IUCD (Intrauterine Device)
Assalamualaikum dan salam sejahtera DOC…
Saya ada soalan berkenaan IUCD… Untuk pengetahuan Doktor, saya sedang memakai UICD sejak bulan Dis/2017 selepas melahirkan anak lelaki disebabkan darah beku di betis bahagian kiri… Saya dimaklumkan oleh doktor yang konsult saya utk pemakaian uicd ni sehingga 3 tahun…
Soalan saya, sekiranya saya tanggalkan uicd sebelum tempoh belum cukup 3 tahun, berisiko atau tidak jika saya hamil untuk kali kedua dan apakah komplikasi yang saya akan dapat jika hamil?
Saya harap dengan persoalan ini, saya dapat pencerahan secara langsung daripada Doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, pemakaian IUCD berfungsi untuk mencegah implantasi kandungan secara langsung didalam rahim. Ianya boleh dikeluarkan sebelum tempoh tamat dan sekiranya dikeluarkan, peluang untuk anda hamil semula adalah seperti populasi normal yang lain. Memandangkan jarak anak anda kini sudah lebih 2 tahun, maka anda dikategorikan sebagai sesuai untuk hamil kembali kerana tempoh yang matang 2 tahun sudah mencukupi. Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan yang lebih lanjut, maka anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.