
Sulit
4 tahun
Iucd kenapa punca sakit perut
Sy bru bpe hri pmsgan iucd.knp sy sakit d bhgian bwah rahim

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham keadaan yang anda alami namun begitu, kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut mengenai punca anda mengalami masalah sedemikian.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
IUCD merupakan salah satu cara untuk merancang keluarga. Jika anda berasa tidak selesa dan mengalami pendarahan ataupun keluar cecair berbau daripada faraj anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk berbincang semula dengannya berkaitan penggunaan IUCD dan mungkin bertukar cara perancangan keluarga yang lain.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.