
Sulit
4 tahun
Iucd melebihi waktu cabut
Sy bersalin da 5 thun…iucd sy blum cbut lagi…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, IUCD atau Intrauterine Contraceptive Device boleh dikeluarkan setelah 3-10 tahun pemasangan bergantung kepada jenis IUCD yang dipakai. Sekiranya anda ingin mencabut atau mengeluarkannya, anda boleh berjumpa dengan doktor di klinik/ hospital berdekatan bagi menjalani prosedur yang sederhana tersebut.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. . Untuk info lanjut, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih