Anonymous
5 tahun
Iui treatment buat kali ketiga
Nama sy ani,sy membuat iui treatment kali ketiga. Pada hari 21.5.19, I buat proseder iui. Sehingga hari ke 16,sy dtg period sikit warna coklat. Dan keluar melalui kencing sikit. Umur sy 37. Sy risau iui ini berjaya atau tiada I take past doktor tolong bg i jawapan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat(contohnya: apakah yang anda dimaksudkan dengan lui?)
Terdapat beberapa punca yang meneyebabkan haid berwarna coklat:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.






















