
Sulit
4 tahun
Jahitan episiotomi terbuka pada bahagian luar (kulit)
hai doktor… saya ada jahitan episiotomi yg terbuka di bhgian luar… sudah berjumpa dktor dan diberi antibiotik sahaja… bolehkah saya menggunakan ubat sapu solcoseryl 10% jelly pada luka selepas habis antibiotik ini (jika luka belum bcantum)?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk maklumat anda, penggunaan solcoseryl jelly adalah untuk membantu penyembuhan luka dengan lebih berkesan. Setakat ini, terdapat tiada faktor bantahan yang menghalang penggunaan ubat tersebut ketika lepas mengandung atau pun ketika menyusukan anak.
Namun, kami sarankan anda mengikuti nasihat doktor anda terlebih dahulu sebelum menggunanya. Sila dapatkan preskripsi yang sah daripada doktor anda mengenai penggunaan ubat ini untuk mengelakkan kesan alahan yang tidak diingini sekiranya ada.
Dapatkan kit pertolongan cemas sebagai persediaan anda untuk menghadapi sebarang kecederaan!
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.