
Sulit
5 tahun
Jakitan kuman di faraj
Saya kena jakitan kuman di faraj, saya nk kencing sakit. Kemaluan saya ada keluar mata ikan. Saya dah g klinik, hari nie masuk hari kedua… Bengkak n mata ikan tu masih ada

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasakan keterangan yang anda berikan, kegatalan serta bintikan pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan virus HPV - ketuat
- Vaginosis bakteria
- Jerawat - akibat perubahan hormon
- Jangkitan kulit seperti sellulitis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.