
Sulit
4 tahun
Jangka masa akan period selepas mengambil postinor 2?
Normally, selepas menelan postinor 2. Bilakah saya akan mula period dan saya juga telan menelan postinor mengikut waktu yg ditetapkn? Saya dh menelan pada hri khamis yg lepas,kira2 5hri yg lalu. Kebiasaanya saya akan mula period pada hujung bulan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, pil perancang kecemasan yang mengandungi hormon progesterone. PIl ini biasanya tidak memberikan kesan yang panjang di dalam tubuh anda.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berkenaan dengan anda akan datang bulan atau tidak bergantung kepada waktu anda mengambil pil ini sama ada sebelum atau selepas ovulasi. Ubat ini boleh mempengaruhi kitaran haid anda, untuk mengetahui maklumat lanjut sila klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi secara atas talian.