
Sulit
2 tahun
Jangka masa kesan sampingan makan pil Caffox
Berapa lama kah kesan sampingan selepas memakan pil caffox. Rasa loya,kebas, pusing semua tanda ini berapa lama akan berlaku?setelah makan pil caffox

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan pil Caffox mempunyai beberapa kesan sampingan seperti yang dinyatakan anda. Kesan tersebut mungkin bertahan selama beberpa hari atau selagi anda mengambilnya. Namun sekiranya anda mengalami gejala seperti:
- denyutan lemah di tangan dan kaki anda
- kekebasan dan kesemutan atau sakit di tangan atau kaki anda
- jari kaki berwarna biru
- perubahan dalam ucapan
- masalah dengan penglihatan
- masalah keseimbangan
Anda perlu berjumpa dengan doktor segera. Pengambilan ubat ini juga tidak sesuai bagi ibu mengandung, pesakit jantung dan pengguna alkohol. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.