
Anonymous
5 tahun
Jangka masa mengambil pil perancang postinor
Sy berusia 20an,jika sy ambil postinor dlm masa 24jam pada pkul 1 pagi sy perlu makan pil kedua 12jam selepasnya nrmaksud pkul 1 tgh hari. Jikalau dlm bulan puasa boleh kah sy makan pada pkul 5 pagi sebelum 12 jam kerana sy ingin berpuasa. Berkesan kah postinor jika ambil awl dr jgka masa ditetapkan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, pil escapelle adalah kontraseptif kecemasan. Pil pertama diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan. Pil kedua diambil 12 jam setelah pil pertama diambil.
Dianggarkan bahawa escapelle akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Antara kesan sampingan pengambilan pil postinor yang biasa adalah keletihan, mual dan muntah. Sesetengah pesakit juga mengalami sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, payudara lembut, pendarahan faraj meningkat, tindak balas kulit, dan perubahan kitaran haid.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.