
Sulit
4 tahun
Jangkamasa rawatan sifilis
salam doctor,
saya telah terkena jangkitan primer sifilis pada minggu ke-3 dari hari saya terdedah pada jangkitan tersebut (21 hari). saya juga telah menjalani rawatan sifilis dengan mengambil 2 kali suntikan penicillin selama 2 minggu.
bacaan vdrl titre 1:16
soalan saya adalah,
berapa lamakah bacaan vdrl saya akan kembali non reactive walaupun saya telah melakukan rawatan seawal jangkitan di mggu ke-3?
bolehkah saya melakukan hubungan sex jika tiada sebarang simptom?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, untuk mendapatkan keputusan non-reactive anda memerlukan masa 6 bulan untuk ujian VDRL menjadi negatif dengan syarat anda telah merawat diri seawal mungkin.
Dinasihatkan untuk menunggu 7 hari selepas rawatan dan kesembuhan simptom sifilis sebelum anda melakukan hubungan seks. Walaupun anda menggunakan kondom, anda mungkin boleh menjangkiti pasangan anda.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.