
Sulit
3 tahun
Jangkitan bakteria mulut
Anak saya umur 2tahun … ada 3botol antibiotik dan anak saya sudah habis 1botol antibiotik atas nasihat doktor… tapi bengkak dia belum sepenuhnya pulih…adaka perlu terus saja ambil antibiotik??

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ketiga-tiga botol antibiotik yang ditetapkan oleh doktor anda perlulah dihabiskan seperti yang dinasihati untuk memastikan bakteria boleh dihambuskan sepenuhnya. Kalau tidak, sisa bakteria mungkinnya akan menyebabkan jangkitan semula ataupun komplikasi lain.
Walaupun gejala anak anda telah berkurang atau telah pulih dan tidak bergejala, dos ubat antibiotik yang ditetapkan oleh doktor masih mestilah dihabiskan. Sebabnya semasa jumlah bakteria berkurang, gejala juga akan berkurang atau sembuh, namun, sisa bakteria masih ada.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Kanak-kanak.