Sulit
5 tahun
Jangkitan dari kucing yang sakit sporo
Salam. Ayah saya terkena jangkitan sporo daripada kucing. Sudah pergi KK CHERAS & HKL mereka hanya beri antibiotik biasa. Ubat apa yg sesuai untuk jangkitan sporo ni ye ? Ayah saya juga penghidap diabetis.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami tidak boleh memberi ulasan tentang rawatan yang ayah anda perlukan kerana diagnosis tersebut tidak dibuat oleh pihak kami.
Mengikut pengetahuan kami, Sporo adalah sejenis kulat dan untuk merawatnya, antikulat diperlukan. Maka, kami memerlukan kepastian tentang antibiotik yang diberikan oleh pihak klinik kesihatan kerana antibiotik adalam ubat untuk jangkitan kuman dan bukan untuk jangkitan kulat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































