Anonymous
6 tahun
Jangkitan ekzema atau kulat
saya wanita yang baru berusia 18 tahun…saya ingin bertanya tentang simptom masalah kesihatan saya…saya menghidap penyakit gatal2 di peha sehingga ia menimbulkan rasa kurang selesa untuk menjalani aktiviti seharian…ia mula timbul kemerah merahan dan semakin bertukar warna kehitaman apabila kerap digaru,selain itu ia juga bersisik dan cepat gatal apabila mengering adakah ia penyakit kulat atau ekzema dan apakah nama yang lebih specifik tentang penyakit ini?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa kemungkinan penyebab simptom yang anda hidapi:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatannya, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor kami bagi konsultasi secara peribadi kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

































