
liza_2804
5 tahun
Jangkitan genital warts
Saya lelaki dan telah berkahwin, isteri saya seorang janda sebelum berkahwin dgn saya dan saya tidak pernah membuat hubungan kelamin sebelum berkahwin. Isteri saya di jangkiti genital warts baru-baru ini, saya juga di jangkiti bintik putih di kemaluan setelah bersama, kami telah mendapatkan rawatan, tapi saya mempunyai persoalan adakah saya juga boleh di jangkiti genital warts ini dan apakah penyakit ini juga boleh menyebabkan hiv?

5 tahun
Salam sejahtera. terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman anda,HIV atau “Human Immunodeficiency Virus” merupakan virus yang menyerang sel imun tubuh badan. Penularan HIV adalah melalui cecair badan seperti air mani, darah, cecair faraj, cecair rektum dan susu individu yang HIV-positif. Oleh itu, risiko seseorang dijangkiti HIV meningkat apabila melakukan hubungan seks tidak terlindung, melakukan hubungan seks dengan seseorang yang berisiko tinggi dijangkiti HIV seperti pekerja seks dan pengguna dadah IV dan apabila berkongsi peralatan suntikan dadah. Selain itu, semakin ramai bilangan pasangan seks seseorang, semakin tinggi risiko seseorang dijangkiti HIV.
Pada peringkat awal jangkitan HIV, simptom-simptomnya ialah serupa selesema seperti sakit kepala, demam, cirit-birit, pening, muntah, keletihan, sakit otot, sakit tekak, kelenjar limfa membengkak dan ruam. Simptom-simptom ini mungkin akan bertahan selama 1-2 minggu dan hilang sepenuhnya selepas itu.
Oleh kerana tanda-tanda awal jangkitan HIV adalah tidak spesifik, seseorang tidak boleh bergantung kepada kemunculan simptom-simptom ini untuk mengenalpasti jangkitan HIV. Sebaiknya anda haruslah menjalani pemeriksaan dan mendapatkan nasihat daripada doktor.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih