
Anonymous
5 tahun
Jangkitan hiv boleh menular lewat window period?
Sy dah berkahwin. Sy ada buat hubungan dengan org luar 2 bulan lepas tanpa kondom. Kalau sy dijangkiti, sy boleh ke menularkan jangkitan dalam waktu window period?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat risiko untuk HIV boleh menular walaupun dalam window period walaupun ujian makmal untuk HIV adalah negatif. Tempoh paling awal ujian positif paling awal pun ialah 3 minggu selepas tempoh dijangkiti.
Sekiranya ada kemusykilan lain, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.