
Sulit
4 tahun
Jangkitan HIV dan AIDS
Salam sejahtera doktor. Adakah HIV/AIDS boleh berjangkit melalui menghisap puting payudara? Tetapi pada ketika itu payudara tersebut tidak mempunyai luka dan juga tidak mengeluarkan susu. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Untuk pengetahuan anda, secara amnya penyakit HIV boleh merebak melalui:
- Seks rambang dan bertukar-tukar pasangan seksual
- Cecair faraj dan air mani
- Berkongsi jarum dalam kalangan penagih dadah
- Darah
- Susu ibu
- Lahir daripada ibu yang positif HIV
Untuk menjawab persoalan anda, risiko untuk dijangkiti HIV adalah rendah sekiranya tidak terdapat luka atau tidak mengeluarkan susu. Walaupun begitu, ia tidak menidakkan transmisi jangkitan virus kepada pihak yang lain. Jika musykil, seseorang boleh melakukan ujian rapid HIV untuk mengetahui status semasanya pada masa itu.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami yang bertauliah. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.