
Sulit
4 tahun
Jangkitan klimidia wanita
Saya nak bertanya, Klimidia sy belum sembuh slps 2 mggu, dan skrg berlaku sakit tekak dan dada pun sakit,malah kemaluan sy juga sakit dan perih dalam vagina,kaki sy juga nyeri disbbkan dari vagina sy,adaka itu semakin teruk dan apa perlu sy buat skrg utk mereda kan sakit pada vagina? tq dr

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Berdasarkan keterangan anda, anda disarankan untuk merujuk perkara ini dengan doktor anda sekali lagi dan memberikan aduan ini. Hal ini supaya pemeriksaan susulan dapat dijalankan sekaligus terapi/rawatan alternatif dapat diberikan kepada anda.
Secara amnya, ubat yang digunakan ialah antibiotik. Pesakit juga dinasihatkan untuk tidak terlibat dalam aktiviti seksual selama seminggu atau dua minggu. Namun, walaupun ia boleh pulih sepenuhnya dengan antibiotik, ia tidak memberi pesakit sebarang imunisasi untuk jangkitan seterusnya. Oleh itu cara terbaik bagi merawat klamidia ialah dengan mencegah dan menghentikan penularan penyakit ini.
Antara cara untuk mencegah masalah klamidia ialah:
- Tidak melibatkan diri langsung dari sebarang aktiviti seksual, sama ada bersama berlainan jantina atau sama jantina
- Menggunakan kondom getah bagi lelaki
- Mengelakkan seks bebas dan bertukar pasangan
- Mengekalkan hanya satu pasangan seks dan keduanya tidak terlibat dalam aktiviti berisiko dan bebas dari sebarang jangkitan seksual.
- Membuat ujian saringan secara berkala
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah