Sulit
6 tahun
Jangkitan kulat di kepala
saya umur 17 thn student , saya mengalami fungal di kepala boleh saya tahu pemakanan untuk tinea capitis boleh makan seafood atau kene pantang ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, anda boleh sahaja makan makanan laut selagi anda tidak mempunyai masalah alahan terhadap makanan tersebut.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































