
Sulit
5 tahun
Jangkitan kulat di missv
Sy ani umo 21 .belum berkahwin. Masalah yg sy hadapi, ada biji di miss v. kwsan buang air kencing, now dia merabak ke atas .Macam kulat. Apakah langkah yg perlu sy ambil utk hilangkan kulat tersebut .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, maklumat anda tentang biji di kawasan faraj anda adalah kurang lengkap untuk kami membuat kesimpulan tentangnya. Maklumat tentang ciri-ciri gejala yang anda hadapi serta beberapa maklumat latar kesihatan yang lain harus kami ketahui.
Antara kemungkinan penyebab tumbuhnya biji pada faraj adalah:
- Jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis atau herpes
- Jangkitan kulat atau jangkitan lain
- Biji yang timbul akibat masalah kulit seperti nanah atau jerawat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.