
Anonymous
5 tahun
Jangkitan kulat di vagina
Saya berumur 22 tahun dan mempunyai masalah jangkitan kulat di vagina. Jadi apakah ubat yang sesuai digunakan bagi merawat masalah saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Jangkitan kulat di faraj adalah jangkitan yis biasa atau dikenali sebagai Candida yang memberi kesan kepada lelaki dan wanita. Ia biasanya tidak berbahaya tetapi ia boleh menjadi tidak selesa dan terus kembali.
Rawatan jangkitan kulat faraj biasanya menggunakan ubat antikulat. Ubat in terdapat dalam pelbagai bentuk seperti ubat makan, ubat yang anda masukkan ke dalam vagina anda (pessary) atau krim untuk melegakan kerengsaan. Jangkitan kulit faraj biasanya akan sembuh dalam masa seminggu, selepas 1 dos ubat atau dengan menggunakan krim setiap hari.
Namun begitu, pengambilan ubat antibiotik untuk tempoh yang berlarutan juga boleh menyebabkan jangkitan kulat faraj.
Oleh itu anda dinasihati untuk mengambil ubat antibiotik dan ubat anti kulat hanya selepas berunding dengan doktor supaya rawatan yang sewajarnya dapat diberikan mengikut penyakit anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.