
yeyen19982
5 tahun
Jangkitan kuman di vagina
saya wanita berumur 21 tahun, saya berasal dari sabah , saya sangat buntu hendak macam mana lagi sebab saya terken jangkitan kuman yang sangat kerap dalam setahun , apa boleh saya hrndak buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penyebab paling banyak jangkitan di daerah reproduksi wanita adalah oleh kulat Candidiasis sp. Pada wanita normal, kulat ini hidup di daerah kewanitaan dalam bilangan yang seimbang dengan bakteria sihat lain. Apabila terjadi ketidakseimbangan, pertumbuhan kulat ini boleh menimbulkan masalah seperti keputihan. Antara faktor risiko yang menyebabkan ketidakseimbangan ini adalah:
- Hamil
- Menggunakan kontraseptif hormon (sebagai contoh, pil kawalan kelahiran)
- Mempunyai diabetes
- Mempunyai sistem imun yang lemah (contohnya, disebabkan jangkitan HIV atau ubat-ubatan yang melemahkan sistem imun, seperti steroid dan kemoterapi)
- Mengambil antibiotik dalam jangka masa terdekat yang lama
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.