
Sulit
5 tahun
Jangkitan kuman (kencing kotor)
Saya seorang wanita yang baru sahaja berkahwin dalam 5 bulan. Dari awal perkahwinan, saya selalu dijangkiti kencing kotor setelah bersama dengan suami. Saya dan suami pjj, pada hari biasa saya tidak mengalami masalah ni. Apabila berjumpa dengan suami dan bersama dengannya, selang 2-3 hari setelah itu saya akan terkena kencing kotor. Gejala yang saya alami sangat menyakitkan saya, antara gejalanya ialah:
1)Perit & ngilu di bahagian pundi kencing
2)Kencing tak lawas (kencing setiap 2 min).
Jika saya kurang minum air, kesakitan itu akan berganda kerana tiada lagi air kencing yang dapat dikeluarkan tetapi pada masa yang sama saya masih terasa ingin kencing.
Setiap bulan saya akan berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan mengenai sakit saya dan jawapannya adalah sama, “normal bagi orang yang baru sahaja berkahwin”. Doktor hanya bagi saya ubat antibiotik dan ubat lawas kencing. Bulan berikutnya saya bersama lagi suami, sakit yang sama berulang. Saya hanya mendapatkan antibiotik untuk hilangkan sakit tersebut buat sementara waktu, tetapi ubat tersebut tidak membantu saya untuk menyelesaikan masalah ini.
Saya juga telah berjumpa dengan doktor sakit puan, beliau telah mengambil sampel air kencing dan sampel keputihan. Keputihan saya pada tahap yang normal dan doktor hanya memberikan antibiotik dan ubat keputihan. Namun kesannya hanya sementara. Sakit tetap berulang setiap kali saya bersama suami.
Saya sangat buntu, adakah perkara ini benar2 normal? Adakah normal setiap kali bersama terkena jangkitan kuman? Adakah normal kencing tak lawas tiap 2 minit sehingga air kencing sudah tak mampu keluar lagi?
Saya juga mendapat tahu bahawa antibiotik tak boleh diambil secara kerap kerana boleh menyebabkan kerintangan antibiotik pada badan. Kuman akan menjadi makin kebal. Saya sudah maklumkan pada doktor2 yang saya temui bahawa saya telah kerap sangat diberikan antibiotik (setiap bulan ambil, sebab setiap bulan berjumpa doktor apabila sakit).
Tetapi doktor tetap memberikan saya antibiotik.
Walau bagaimanapun sakit tu hilang Untuk sementara sahaja.
Selain itu, sewaktu bersama suami juga, saya akan mengalami kesakitan pada pintu masuk faraj. Seperti luka. Adakah luka tersebut menjadi punca kepada jangkitan kuman ini doktor? Saya tak berani nak pakai pelicir, sebab awal perkahwinan saya pernah pakai, jangkitan kuman saya menjadi lebih teruk (sampai kencing keluar darah).
Apakah jalan penyelesaian kepada masalah saya doktor? Adakah hal ini normal kepada wanita2 yang baru berkahwin. Terlampau penat untuk ke hospital tiap bulan. Sakit tetap bcerulang apabila bersama lagi dengan suami.
Saya berharap doktor ada jawapan dan cadangan. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing rasa pedih yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran/pundi kencing
- Batu karang
- Alahan saluran kencing terhadap sabun
- Jangkitan penyakit kelamin - sekiranya ada melakukan seks bebas
- Kecederaan pada alat kemaluan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.