Sulit
6 tahun
Jangkitan kurap di kaki dan bahagian lain
saya lelaki berumur 26. nak beli ubat makan untuk kurap. hampir lebih setahun da cuba pelbagai ubat dan krim sapu tapi tidak berjaya. mohon bantuan ubat dos tinggi ke saya nak beli. terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Kemungkinan masalah kulit yang anda hadapi bukanlah kurap. Justeru pemberian ubat kurap tidak membantu perbaikan penyakit.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































