
Sulit
3 tahun
Jangkitan mulut atau HFMD
Hai doctor sy nk tnya,
Anak sy berusia 2 tahun… Sblm ni pnah kne hfmd… Tp xterok… Yg terok bahagian tonsil dia…yg kena tu last year.
Tp Semalam sy tengok bawah lidah dia merah sgt… Dlm 2 3 hari sebelum tu sy tengok sbelah tu merah n ada bji… Smlm sy tengok dua2 dh merah.
Dan sy tengok celah peha dia ada biji2 ruam… Tp xbyk la… Tu tanda2 hfmd ke doc?
Tp ank sy xdemam… Cme kadang2 die merengek… Apa tanda2 hfmd? Apa perlu sy buat?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Kami memahami kerisauan anda mengenai kesihatan anak anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, tanda-tanda HFMD adalah :
- Demam
- Sakit tekak
- Luka mulut (mouth sores)
- Kurang selera makan (disebabkan luka dalam mulut)
- Ruam pada tapak tangan dan kaki
Ada kemungkinan untuk anak anda dijangkiti virus HFMD untuk kali kedua ataupun jangkitan lain. Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada pakar kanak-kanak untuk mengenal pasti punca sebenar masalah anak anda. Anda boleh berhubung dengan pakar kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.