Anonymous
4 tahun
Jangkitan pada darah
hai asslm . saya ada soalan yang hendak ditanyakn . macam ni , baru baru ni adik saya demam 5 hari dan apabila kami ke klinik untuk melakukan pemeriksaan didapati adik ada jangkitan kuman dalam darah . doktor membekalkn nya 4 botol antibiotik . jadi saya nk minta pandangan mcm mana cara rawatan , cara yang boleh menyihatkan dia dri penyakit ni dan juga penyakit ni bahaya tak untuk budak 8 tahun ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Jangkitan kuman dalam darah adalah kondisi yang boleh membahayakan nyawa sekiranya tidak dirawat awal. Didalam kes adik anda, anda perlu memastikan adik anda mengambil dan menghabiskan antibiotik yang diberikan dalam tempohnya kerana untuk melawan jangkitan kuman dalam darah, memerlukan penggunaan antibiotik. Walaupun adik anda sudah beransur sihat, anda perlu memastikannya menghabiskan ubatnya dalam tempoh yang diminta.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan adik anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan bagi mengenalpasti punca kemerosotan kesihatannya. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.