
Anonymous
5 tahun
Jangkitan Paru-Paru (Pneumonia)
Selamat petang doktor. Saya lelaki berusia 21 tahun. Saya mengalami batuk berkahak selama 3 minggu lebih. Setelah menjalani pemeriksaan kesihatan dan juga xray. Doktor semalam telah mengesahkan bahawa paru-paru di sebelah kiri saya mengalami sedikit kekotoran. Doktor tersebut telah membuat diagnosis bahawa saya menghidap pneumonia (CAP). Beliau memberikan saya antibiotik amoxicillin untuk 5 hari. Saya takut doktor sebab tidak pernah mengalami kejadian sebegini. Adakah saya akan sembuh? Terima kasih dan Salam Sejahtera.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Jangkitan paru-paru (pneumonia) pada kebiasaannya akan sembuh jika pengambilan antibiotik diamalkan. Anda dinasihatkan untuk terus mengambil antibiotik yang diberikan oleh doktor anda sehingga habis. Namun kesan daripada jangkitan ini seperti kepenatan mungkin berterusan untuk beberapa minggu. Sekian.