Anonymous
6 tahun
Jangkitan usus ,kurang selera makan
Assalamualaikum Dr,sy nak tanya.Minggu lepas anak saya mengadu sakit perut dibahagian sekitar pusat,demam tp tiada diarrhea atau muntah.sy telah membawa anak sy ke klinik swasta dan dr telah bgtahu anak sy sembelit.T buscopan dan t pcm adalah rawatan yg diberi.3hari kemudian,sakit yg dialami masih tidak berubah.Hr khamis sy telah membawa anak saya ke klinik kerajaan.Dr telah arahkan untuk ambil darah fbc.Keputusannya dr bghtahu twbc tinggi 21.T Amoxycillin 500 mg tds given.next tca 1/52 utk repeat fbc.TX as diarrhea.28.7,repeat lagi fbc total white semakin naik 31.rawatan T-Cotriomaxazole 11/11 given.diagnose AGE.soalan sy…anak saya tidak diarrhea dan muntah.anak sy c/o sakit perut,sakit dibahagian pusat,kurang selera mkn ,heart burn…Jadi dr,betul ke rawatan dia antibiotik yg diberi itu dan bagaimana cara nak kurangkan twbc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang dihadapi oleh anak anda boleh jadi disebabkan oleh beberapa hal, antaranya:
- Appendicitis - peradangan appendiks
- Intussuseption - suatu keadaan apabila satu bahagian usus termasuk di dalam bahagian usus lain
- Volvulus - usus terbelit
- Sembelit
- Peptic ulcer disease
Sebetulnya twbc bermaksud total white blood count yang mana ini menandakan bahawa terdapat infeksi atau jangkitan yang sedang berlakuk didalam tubuh. Pemberian antibiotik seperti Amoxycillin dan _Cotimoxazole_oleh doktor anak anda adalah merupakan salah satu usaha untuk menangani jangkitan bakteria yang sedang berlaku, sekaligus menurunkan twbc yang tinggi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























