Sulit
3 tahun
Jantung bengkak dan angin dalam perut walau makan ikut masa
Ibu saya mengalami masalah jantung bengkak. Apakah rawatan yg sesuai utk ibu saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah jantung bengkak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit jantung dari lahir
- Masalah otot jantung
- Tekanan darah tinggi
- Penyakit jantung koronari
- Kegagalan jantung
- Degupan jantung yang tidak normal
- Gangguan pada injap jantung
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Kehamilan
- Jarang bersenam
- Obesiti
Anda disarankan untuk berbincang dengan pakar jantung untuk menilai rawatan yang paling sesuai untuk masalah jantung bengkak. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!